kesayangan saya :))

Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak

assalammualaikum w.b.t semua!!~~ http://www.emocutez.com


masyaAllah~ risau betul bila tengok rusuhan yang tengah bergolak dekat Mesir sekarang. ramai pelajar kita yang terperangkap kat sana termasuk yang datang melancong sempena winter break. sorang kawan mak saya risau yang teramat sangat dengan keadaan anak perempuan dia yang belajar medic kat sana, tak dapat nak contact langsung sejak mulanya rusuhan ni!! lagi bertambah risau bila auntie tu dapat berita one of her daughter's friend meninggal sebab kena gas pemedih mata. ya Allah!!~ hati ibu mana yang xkeruan bila mengenangkan anak perempuan yang dihantar jauh dari pandangan mata semata-mata untuk menuntut ilmu terpaksa berhadapan dengan perkara yang tak diingini. yang diminta hanyalah satu, biarlah anak perempuan kesayangannya itu selamat di bawa pulang ke malaysia. insyaAllah~









jom kita ramai2 share pasal keadaan sebenar pelajar kita di sana. biar kerajaan kita amek tindakan pantas lagi tangkas dengan bawak balik SEMUA student kita!!
*sumber dari blog ariff*

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. encik ariff syah sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. 
  3. Share this on Facebook

bila nak share? HARUSLAH sekarang!
*gambar di copy dari cni*

Monday, January 10, 2011

Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL 25

persembahan terbaik : faizal tahir : hanyut
vocal terbaik : hafiz : noktah cinta
tempat ke-3 : hafiz : noktah cinta
tempat ke-2 : drama king : black & meet uncle hussain 
juara : tolong ingatkan aku : ana raffali

apekepasal saya letak juara kat bawah sekali?? sebab saya xpuas hati bila ana raffali menang okeyh!! saya mahu yuna menang!! kami mahu yuna menang!! yuna! yuna! yuna! yuna! yuna! yuna! hahaha :D okey2, saje emosi lebih2 pulak ^^ tapi serious memang x expect ana raffali boleh menang padahal dia baru je masuk AJL kali ni. masa 3 stooges *ally, cheryl, fbi* announced penyanyi, komposer & lirik orang yang sama, dalam hati saya da agak da, yes!! yuna menang!! tapi apa kan daya, si gadis berbaju kurung  moden hitam itu jua yang menang (T.T) *psst2, dia ke artis baru gosok baju sampai sejam macam orang cakap kat SINI??*

haihh~~ at least bagila sofea jane ke menang, cinta sempurna ke, hanyut ke. ish ish ish. agak2nya ana raffali guna mentor dia, aidit alfian sebagai kabel besar untuk menang kowt?? hahaha :P okey2, tak tak. saya memain jer. tarik balik keyh. xmau tuduh2 fitnah2 ni. dosa tau. puk kat mulut dia! biasa dia kecik2 da pandai bawak mulut. da besar nanti karang jadi mami jarum atau wartawan ohbulan pulak. hehehe (*_~) 

tak apela. memang da rezeki ana raffali menang kan? bagusla as new comer dalam industri muzik malaysia yang x berapa nak besar ni, first time join pertandingan berprestij macam AJL ni terus menang juara. kira bukan calang2 orangla kan? yuna dulu dengan lagu dan sebenarnya pun menang 2nd place je. huhuhu :)

dalah, malas nak komen segala luahan hati yang terbuku dek ketidakpuasanhati dengan keputusan AJL yang tak mengikut ramalan pak belalang (--") saya tinggalkan anda dengan tajuk lagu baru yang bakal menjadi juara AJL ke 26 nanti. terimalah!!~~

"tolong ingatkan aku drama king tengah hanyut dengan noktah cinta" :D


notakakimasyam: lagu ana raffali da masuk list 
bakal nyanyi kat karok jamban! teehee >.<

Tuesday, December 28, 2010

Julia Perez di Piala Suzuki AFF : Malaysia vs Indonesia

ehem2. rasa nak gelak guling2 bila baca dalam suratkhabar pasal strategi Indonesia untuk perlawanan Malaysia vs Indonesia sebelah sana. hihihihi ^^ saya x tengok pun game hari tu, sebab g makan2 kat restoran arab kat jalan ampang dalam pinggan besar yang da kongsi 4 orang pun still xhabis. bukan sebab x sedap, tapi sebab banyaaaaakkkk sangat nasi beriani+kambing dia dalam 1 pinggan. mana larat nak kasi abes! tapi memang ade kelasss la nasi beriani dia! memang sebijik arabic style wa cakap lu! hehehe. okey. stop. terkeluar tajuk. (--")

korang da baca paper hari ni (28 dis) ?? kalau belum, g beli suratkhabar berita harian *kalau ade lagila sebab da petangkan* tengok apa strategi baru rakyat Indonesia yang x puas hati dengan kekalahan garuda mereka hanya kerana pancaran laser dari ultraman penyokong kita ke muka goalkeeper dorang. hehehe ;) tau2, korang memang x dapat beli paper, jadi boleh tengok kat sini:



*klik kat nama Julia a.k.a Jupez*

haiyooo. kanak2 sila tutup mata tengok gambar Julia Perez yang teramat seksi ni. ini pun gambar yang sehabis sopan da saya google. google nama "julia perez" je terus kuar gambar2 seksi. huish. terkezut i tengok sambil tutup sebelah mata. hehehe :P 

kalau korang nak baca ayat2 dia yang lagi panas dan pedas, kena tengok dalam suratkhabar la ye. hehehe. ;)
ade hati dia nak me'laser' pandangan mata pemain malaysia sehingga buta dengan belahan dada *uppss, ayat censored skeeet* dia. ish ish ish. sungguh tidak professional ini model, pelakon, penyanyi dangdut yang seksi ini. huh! saya rasa rajagopal pun takut kut nak kasi anak buah dia g sana. takut tergoda you!~ hahaha :D

siapa yang tengok perlawanan bola hari tu live kat stadium bukit jalil angkat tangan??!! betul ke ade pancaran laser kena kat muka pengaja gol indonesia tu?? korang ade nampak x?? tapi kalau betul pun, ape salahnya kan kita guna laser time lawan sebab diorang pun pernah buat macam tu kat kita masa saingan kumpulan A kat Stadium Gelora Bung Karno. 

korang tengok kat harian metro ni kalau x percaya. 

so, kira fair & lovely square la kan?? hihihihi :D
tak mau la gaduh2. asal ade match je gaduh. asal gaduh je ade match. adatla kalah menang dalam pertandingan kan?? tak payahla sampai nak saling tuduh menuduh sape yang laser sape. kata Malaysia & Indonesia 1 rumpun. jadi enggak bagus dong kalau gado2, iya ibuk2 bapak2??


peace. no war. (^_^)V ~~

Sunday, November 21, 2010

asian games 2010 : lin dan & datuk lee chong wei lagi

"ni hao! wo jiao nurakmal, nimen de tiyu pinglun yuan" :D

hahaha. sebabkan sukan asia ni wat kat china, so speaking mandarin jap ;) aduh. frust betul tengok bila datuk lee chong wei kalah lagi dengan lin dan, musuh tradisinya tu. every time tengok match dorang, mesti datuk kurang bernasib baik. agaknya memang chong wei takut secara psychology dengan lin dan. tengok je result game tadi,


1st set 
(china) 21 - 13 (malaysia)

2nd set 
(china) 15 - 21 (malaysia)

last set 
(china) 21 - 10 (malaysia)
*eh..xsure sgtla total score..lupa la..hehe*




time chong wei menang 2nd set tu, fuhh!! dah rasa dah dalam hati, ada canla ni nak dapat emas ni, terus cakap "chaiyok chong wei!!" tapi time tu da bergema dewan dengan "lin dan, chaiyok!" dari penyokong dorang. tapi bila tengok awal2 shuttle asyik sangkut kat net je sampai 7 mata free untuk lin dan disebabkan net. adoyai. resah gelisah da time tu. lama2 tengok, hurm..memang tak ade canla malaysia nak dapat emas ni. frust sungguh!! (T_T) tapi lin dan memang sangat psycho kowt!! huh! memang bikin chong wei tensionlah sepanjang game. 




::all pictures from google::


xpela datuk, you still our best badminton player!! :D 

majulah sukan untuk negara! yeah!!

::tiyu pinglun yuan = pengulas sukan 
*translate dr google..hehehe*

Friday, July 23, 2010

serves you right!!

sy rse selama sy jdik student..situasi student bising + cakap2 + borak2 kt blkg tyme lecture ckp kt depan 2 da common sgt..btl x?? mcm last wednesday, sy ade talk utk subjek integrated design project..talk tue delivered by invited speaker from industry n bukanla from lecturer fac sy..so nk djadikan cerita...student2 yg tgh dgr talk 2 *especially those at the back of lecture theater* bising SUNGGUH!! okeyh..mmgla xbising yg tahap melampau tp bising dia smpi menganggu speaker n student len yg nk dengar..owh..lupe plk...talk nih mmg ade stiap hr isnin, slse n rabu..so selame nih xpnh ade sorg pun speaker yg penah tgur ttg 'kebisingan' yg terhasil dr mulut2 student yg xtau nk diam + hormat kt org len...speaker kali nih mmg berani lah sbb dia TEGUR KAW2 PUNYER!! dia ckp.."klu you all sume nk blk..sy bleh endkn presentation sy kt cni..bla sy tnye ade soalan x, xde yg bertanye tp rmi plg yg bising2 kt blkg..bla bla bla...n with this kind of attitude..you have no place out there" hahaha :P PADAN MUKE!!! okeyh...ayt sy kejam ckit..hehehe ;) bukan ape..bising dia mmg sy xleh consider lah..klu skali pun rse xmo dgr @ xbminat nk dgr..then KEEP UR MOUTH SHUT! at least give some respect to the speaker in front and as well as ur friends that try to pay attention...ni x..mcmla xleh nk borak lepas talk..tyme 2 la nk tnye "krg buka kte nk mkn ape yek??".."ko tgk bola x mlm td..aku ttdo la..".."weh..jom kte g genting nk weekend nih??"..n mcm2 lgla..MALU tau pd sy ble org luar sndri yg tegur ttg attitude student yg cm hampeh 2!! okeyh2..sy fhm mmg lumrah manusa xbleh nk diam dlm mse sejam..plg2 pun 45 minit jela plg lme yg kte bleh bertahan...tp klu skalipun nk bercakap..berpada2 la..ckp ape yg ptt je or ckp ttg ape yg dipresentkn..honestly speaking..sy rse those yg potpet kt blkg tyme talk 2 mmg x pasang niat utk g dgr mjlis ilmu *sy kire talk 2 smela ngn majlis ilmu kn??* n pergi dgn keadaan terpakse..dorg x rse itu adalah 1 peluang yg patut diambil direbut sbb ilmu yg dibagi oleh speaker tu adalah pengalamn dia sndri which is mmg kte xleh dpt kt mne2..so spttnye ble da ade peluang mcm nih..student spttnye VACUUM sume ilmu 2 masuk dlm kple..ni x..di sia2kn aje ilmu tue..haishhhh........klu sy jdik lecturer kn..sape2 jek yg bising tyme sy mengajar...sy halau je dia keluar...i'm showing NO MERCY! hahaha (^_^)


:: i'm not writing this to show that how good i'm during the talk by not talking n paying 110% to the speaker..but just to speak out my regretfulness on the bad attitude shown by all becoming-graduates...just try to be in front of an audience n at the moment you are presenting..your audience start chit-chatting n ignoring you..then you will know who should give some respect first!!: : to be a good engineer..basic & fundamentals should be in your blood as well as showing good attitude :)

Tuesday, June 8, 2010

stars on my screen



* * * * * * * * * * 


* * * * * * * * * 


* * * * * * * * 


* * * * * * * 


* * * * * * 


* * * * * 


* * * * 


* * * 


* *  


*  


(T T)


**2 je yg sye rse skg**

Friday, April 23, 2010

anak derhaka pusat komersial shah alam

only 1 word can describe my feeling after watched this video...S.E.D.I.H :'((..

*xmo wt cm 2 kt ibu n ayah...*



sy amek ni dr group KAMI BENCI POMPUAN GEMUK DAN SUAMI DIA YANG MAKI MAK DIA DI PUSAT KOMERSIAL n share kt cni sbgi iktibar kpd dri sndri n sesape je yg nengok ni...


*thnx to pengasas grup ni*

Monday, April 12, 2010

dengarla wahai bunga rumput....


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :



Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buatapa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang bunga rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah bunga rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun bunga rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana bunga rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas bunga rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah bunga rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah bunga rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. 

tp cikgu..
...setelah sekian lama..saya da jumpe & petik bunga rumput yg plg saya suka..walaupn bunga rumput 2 bkn yg plg cantik skali kt pdg..tp dia bunga rumput PALING TERBAIK yg pnh saya ada :D saya jga, saya baja setiap hr & stiap saat spya dia hdup dgn sempurna dlm jgaan saya :)

tp cikgu..
...skg ni saya slalu abaikan dia..saya x jga dia..xbelai dia mcm saya wt dlu..saya xamek ksh pun psl dia wlupn saya tau bunga rumput kesayangan saya 2 amat mengharapkan jagaan & kasih syg saya.....

tp cikgu..
...skg ni saya rsa saya xptt amik dia dr padang 2 cikgu...mgkin klu saya x petik dia..dia akn lebih gembira dgn bunga2 rumput yg lain kt padang 2..berbanding bila dia berada dlm jgaan saya skg nih...

tp cikgu..
...klu saya pulgkan dia blk kt padang..bolehke bunga2 rumput yg lain terima dia blk??bolehke dia hdup dlm environment yg baru sedangkan selama ni yg dia pndg hr2 ialah saya..mcm mna klu nnt dia sedih??smpi xberdaya nk teruskn hdup dlm kawanan bunga rumput kt padang 2 cikgu?

tp cikgu..
...saya nk berikan yang terbaik utk bunga rumput kesayangan saya ni cikgu..saya da xsggup tgk dia menderita bila dia dlm jagaan saya cikgu..tp bolehke dia fhm knpe sbnrnye saya berniat utk pulangkan pd tmpt asal dia??...

tp cikgu..
...saya sayang bunga rumput saya...saya nk dia dpt sesuatu yg AMAT TERBAIK dlm hayat dia..

Pelajar..dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas

Thursday, March 25, 2010

you! yes you!!

some people

*

need MUST KNOW

*

their OWN LIMIT!!!!!

*

do i really NEED to tell YOU the LIMIT???

*

it's already DRAWN THERE!!!!

*

can you see???!!!!



*enough wif my own patience!!!!*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...