kesayangan saya :))

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 : Part 1

Assalamualaikum w.b.t semua!~ (^_~)






Weekend lepas saya & adik perempuan g Konvensyen Fiqh Ummah 2012 @ K-Fiqh kat Dewan Merdeka PWTC. Sungguh! Saya rasa ini adalah weekend terbaik yang pernah saya lalui sepanjang hidup saya :) Tak pernah lagi saya attend mana2 majlis ilmu agama sebesar K-Fiqh ni yang penuh dengan pengisian. Bayangkan yang hadir je dalam 3000 orang, dalam waiting list je da 1000 dan saya antara yang dipilih Allah untuk menghadiri majlis ilmu ini. Allahu Akbar! Rasa macam dapat panggilan kaabah tau rasanya! 


K-Fiqh 2012 ni adalah anjuran iluvislam.com yang dihadiri oleh barisan asatizah yang popular seperti Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zahazan *favourite saya. hehehe*, Ustaz Basit, Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Zamri 'mantop' dan ramai lagila :) Sham Kamikaze & Akhil Hayy pun ade tau wat persembahan! Mawi je xde sebab tengah tunggu Ekin nak bersalin. hehehe ;) Tapi Ustaz Azhar @ UAI xdela ye. huhuhu~


Barisan Asatizah :)


Owh, perkataan baru saya belajar time tu :)
asatizah = ustaz in plural form 


Sebenarnya, saya xpernah tau pun ade konvensyen agama sebegini sampaila adik saya beriya-iya mengajak saya temankan dia. Promotion katanya, daftar sekarang hanya perlu bayar rm100 untuk sesi 2 hari. Kalau x, lagi mahal dari tu. Ramai panel ustaz yang best2 hadir. Sampai dia sanggup nak bayarkan untuk saya asalkan saya sanggup temankan dia. Haihh! X sampai hati nak menolak permintaan si adik, jadi saya pun setujukan ajela. Tapi dalam hati kecil saya terdetik, "Ya Allah, jika dengan menghadiri majlis ini akan Kau tunjukkan padaku jalan kearahMu, permudahkanla ia ya Allah"


Bila g majlis ilmu ni, haruslah bersopan kan. So, saya pun dengan ringkasnya hanya berbaju kurung cotton & bertudung bawal. Tapi bila melangkah masuk ke dalam dewan, betul2 terkesan kat hati saya bila tengok teramat-amat ramai muslimat yang bertudung labuh, berjubah dan ada yang berniqab @ berpurdah. Allah! Terasa betapa kurang sempurnanya saya dalam menutup aurat bila dibandingkan dengan mereka! Bergetar hati saya, kalau x sebab adik saya disebelah, pasti mengalir sudah airmata di pipi....



Wanita yang bertudung labuh sentiasa mencuri perhatian saya. Entah, xtaula kenapa. Xkesahla yang pakai tudung labuh bidang 50 ke 60 ke. Tapi setiap kali memang mereka yang bertudung labuh, hati saya tertarik2 malah saya sentiasa memandang tinggi pada mereka 'si bertudung labuh' kerana pada saya mereka ini adalah wanita yang tinggi imannya kerana berjaya menepis segala fenomena fesyen tudung yang menjadi kegilaan para gadis termasukla saya :( Tapi xbermaksud bertudung labuh tu x boleh berfesyen kan? (^_^) 

Jadi, mulai detik ini, jom kita audit *bak kata Prof Muhaya* penampilan kita. Sudah sempurnakah? Kalau sudah, alhamdulillah dan pertahankanla ia :) Jika belum, ayuhlah kita menutup aurat mengikut piawaian Islam :)

yang 2nd kelihatan sudah sempurna tapi yang 1st jauh lebih sempurna & tinggi nilainya :')

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikiian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat" (Al-A'raf:26)


p/s: Artikel ni menarik. Tryla baca! :)
p/sII: Pengisian K-Fiqh saya share dalam Part 2 k, insyaAllah :)

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul : Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar

assalammualaikum w.b.t & good day everyone!!~~ http://www.emocutez.com

jujurnya, saya tak tau macam mana nak mulakan post kali ni. cuma teringin yang amat sangat berkongsi video yang hanya 5 minit 27 saat ni supaya wujudnya keinsafan dan kesedaran dalam jiwa kita, diri kita betapa kasih dan sayangnya Rasulullah terhadap ummatnya sedangkan ummatnya, ya Allah, kerap, acapkali lupa berselawat ke atasnya. betul, lidah kita laju saja menyebut, "saya sayang Rasulullah" tetapi selarikah kata-kata kita dengan perbuatan kita??

 my advice, pakaila earphone@headphone dan hayatila video ini berseorangan. belum pun sempat habis 5 minit 27 saat, airmata anda pasti mengalir laju dan bandingkanlah sendiri kasih sayang kita pada Rasululllah dengan kasih sayang Baginda pada ummatnya.....


sama-sama lah kita berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W


Maksudnya:

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".



~Salam Maulidur Rasul~


Tuesday, February 1, 2011

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak

assalammualaikum w.b.t semua!!~~ http://www.emocutez.com


masyaAllah~ risau betul bila tengok rusuhan yang tengah bergolak dekat Mesir sekarang. ramai pelajar kita yang terperangkap kat sana termasuk yang datang melancong sempena winter break. sorang kawan mak saya risau yang teramat sangat dengan keadaan anak perempuan dia yang belajar medic kat sana, tak dapat nak contact langsung sejak mulanya rusuhan ni!! lagi bertambah risau bila auntie tu dapat berita one of her daughter's friend meninggal sebab kena gas pemedih mata. ya Allah!!~ hati ibu mana yang xkeruan bila mengenangkan anak perempuan yang dihantar jauh dari pandangan mata semata-mata untuk menuntut ilmu terpaksa berhadapan dengan perkara yang tak diingini. yang diminta hanyalah satu, biarlah anak perempuan kesayangannya itu selamat di bawa pulang ke malaysia. insyaAllah~









jom kita ramai2 share pasal keadaan sebenar pelajar kita di sana. biar kerajaan kita amek tindakan pantas lagi tangkas dengan bawak balik SEMUA student kita!!
*sumber dari blog ariff*

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. encik ariff syah sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. 
  3. Share this on Facebook

bila nak share? HARUSLAH sekarang!
*gambar di copy dari cni*

Sunday, November 21, 2010

"That's not Hijab" - Ummah Films Season 2 Premiere


masa tengah usya2 tutorial "how to wear hijab by hana tajima", tetiba ternampak ni and rasa macam best pulak nak share :) 

try layan dulu and tell me about it :)

Sunday, August 15, 2010

saya rindu

saya rindu.....


....rindu nak berjalan dari kolej ke masjid untuk bertarawikh....
....rindu nak berjemaah sama2 untuk solat tarawikh....
....rindu nak dengar suara merdu orang mengaji sementara tunggu azan....
....rindu nak menghayati lunaknya suara imam yang mengimamkan solat....
....rindu nak hidu harumnya bau sejadah di masjid setiap kali sujud....
....rindu nak mengumpul sebanyak pahala yang boleh....
....rindu nak membaca al-quran sepanjang masa yang terluang...
....rindu nak bangun bersahur dengan mata pejam celik kelip2....
....rindu nak menunggu azan subuh sambil menahan dari tidur....
....rindu nak rasa nikmatnya berbuka bersama orang2 tersayang....




alhamdulillah...rindu saya terubat sepanjang bulan ni :)
::owh...air mata saya menitis...::

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan yang dinanti

Tibanya syawal..tanda ingatan..ku kirim rindu di angin lalu..huh! baru 1 hari puasa da start nyanyi lagu raya..hampeh sungguh kamu ye amal..ngee~~ owh..sampai sudah bulan yang dinanti-nanti..sejujurnya saya rasa rindu sangat dengan Ramadhan..sebab masa ni la dapat mengumpul sebanyak pahala yang boleh..kn3?? Alhamdulillah..saya mendapat Ramadhan yang sangat bermakna  tahun lepas…berpuasa penuh 1 bulan *tak semua orang perempuan bertuah tau dapat berpuasa penuh..lelaki lain la kn??hehehe*, bertarawikh hampir setiap malam n berpuasa pertama kali dengan en.koibito tersayang..eceh :D

kalau dulu time kecik2..bila masuk bulan puasa je..sure pikir makanan yang sedap2..bazar yang best*owh..bazar jalan Kuching yg best sgt!!* kuih raya yang ibu da order, baju raya yang akan ditempah..mcm2la..biasala..pikiran bebudak..tapi sekarang, bila da besar cm da kurang sikitla...tak ade la beria sangat nk g beli memacam kat bazar *tp bila time nafsu tgh byk..5 plastik beg kut skali beli..hehehe*..baju raya pun beli yang readymade je..itu pun nantila minggu ketiga puasa baru beli..malas nk beli awal2..*ikutkan hati beli malam raya lagi bagus..time tu harga durian jatuh gedebuk kut kt jalan TAR!* kuih raya tahun ni pun cam nak wat jela…x payah nak beli banyak2..beli pun sama je rasenye..kaler je lain2..baik wat sendiri..hehehe :P eh2..kuih raya saya wat sedap okeyh! Jangan underestimate future engineer ni tau..ingat engineer tau godak concrete je ke?? Godak tepung wat kuih n kek pun boleh tau!huhuhu :D

Ade sejam lagi sebelum berbuka…xtau da nak wat ape lagi sejam nih..bau nasik lemak ayam berempah ni da menganggu gugat iman da nih..nak tido karang terlajak la pulak..adehh…dalah berjauhan dengan keluarga..x dapat pun nak berbuka kat rumah..wuwuwu (T.T) *macamla shah alam dengan bandar menjalara tu jauh sangat amal oii*


selamat menjalani ibadah berpuasa semua!! (^_^) semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.. insyaAllah…(^_^)

Saturday, June 5, 2010

monday, thursday & friday :)

pagi tadi (jumaat) mse ayh sy nk hntr g office..terkeluarla isu potong kuku stiap hari snin, khamis n jumaat..slme ni mmg ibu n ayh sy slalu pesan suh potong kuku on the 3 days only..just until 1 tyme 2 ade sumone ckp ngn sy...

"kuku ble da pjg,kotor..kte potong jela..utk kebersihan jgk..nnt wudhu pun ssh masuk celah2 kuku klu pjg" 

and dia siap bg cth lg kt sye...
"katela kuku kte da pjg on sunday..then kte tau esok isnin sunat utk kte potong kuku..tp ttbe kte byk keje then lupe..esok da slase..rabu..pas2 barula khamis..by tht tyme kuku da pjg sgt..so bek potong jela tyme hr slalse 2..."

so..sy pun menceritaan ape yg sum1 tue kp pd ayh sy..ayh sy wt conclusion cm nih:
"kan bagus klu kte ikut sunnah Rasulullah S.A.W..potong kuku hari isnin, khamis n jumaat je..dapat pahala lg..kte nih klu nk wt sesuatu yg baik ssh sgt..ade je mcm2 alasan..ditambah lg ngn hasutan syaitan yg asyik menjauhkan kte dr perkara yg dituntut..."

and sy pun jawab..hurmm..okeyh..hehehe..sbb btl ape yg ayh sy ckp..so jd..mohla kte kerat kuku tangan n kaki cm kt bwh nih :)

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada
• Hari Sabtu : 
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk 
kepadanya penyakit.

• Hari Ahad : 
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

• Hari Isnin : 
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

• Hari Selasa : 
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

• Hari Rabu : 
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan.

• Hari Khamis : 
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

• Hari Jumaat : 
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


jgn lupa start dgn basmalah and selawat dulu :D

**sy copy dr cni..tenkiu yer tuanblog :)**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...