kesayangan saya :))

Tuesday, February 1, 2011

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak

assalammualaikum w.b.t semua!!~~ http://www.emocutez.com


masyaAllah~ risau betul bila tengok rusuhan yang tengah bergolak dekat Mesir sekarang. ramai pelajar kita yang terperangkap kat sana termasuk yang datang melancong sempena winter break. sorang kawan mak saya risau yang teramat sangat dengan keadaan anak perempuan dia yang belajar medic kat sana, tak dapat nak contact langsung sejak mulanya rusuhan ni!! lagi bertambah risau bila auntie tu dapat berita one of her daughter's friend meninggal sebab kena gas pemedih mata. ya Allah!!~ hati ibu mana yang xkeruan bila mengenangkan anak perempuan yang dihantar jauh dari pandangan mata semata-mata untuk menuntut ilmu terpaksa berhadapan dengan perkara yang tak diingini. yang diminta hanyalah satu, biarlah anak perempuan kesayangannya itu selamat di bawa pulang ke malaysia. insyaAllah~









jom kita ramai2 share pasal keadaan sebenar pelajar kita di sana. biar kerajaan kita amek tindakan pantas lagi tangkas dengan bawak balik SEMUA student kita!!
*sumber dari blog ariff*

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. encik ariff syah sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. 
  3. Share this on Facebook

bila nak share? HARUSLAH sekarang!
*gambar di copy dari cni*

3 comments:

Daud Mili said...

Kat Mesir mungkin sudah tidak selamat untuk bangsa asing disebabkan peristiwa ini. tetapi, aku lihat, di sebabkan kelewatan kerajaan mengambil tindakan terhadap pelajar Malaysia di Mesir membuatkan orang malaysia sibuk dengan isu ini seperti boleh dilihat di akhbar, dan meninggalkan isu POKOK.

Isu POKOK(penting) dimana rakyat Mesir sangat memerlukan demokrasi yang adil dari kerajaannya. Duduk di jalanan meninggalkan kerja, pelajaran, rumah, semata-mata untuk menjatuhkan kepimpinan sedia ada. Ini adalah sebuah Revolusi merubah pimpinan yang lebih segar, jauh dari rasuah, kronisma, kepentingan peribadi, kemiskinan bertambah, peluang kerja tiada, banyak projek membazir, menteri2 semakin kaya, etc.

30 Tahun memerintah, perubahan yang diharap tidak kelihatan, Mubarak harus turun!

Apa yang terjadi pada Ben Ali(Tunisia) dan Mubarak(Mesir) harus dilihat serius oleh pemimpin2 lain di dunia, khusus nya Malaysia (perdana menteri). Pemimpin harus menghentikan kepentingan masing2 jika mahu melihat Malaysia lebih kehadapan. jangan satu hari, apabila sudah semakin teruk sosial terutamnaya golongan muda,ekonomi tidak dikembang, jurang kelas masyarakat semakin ketara(kaya dan miskin), etc, rakyat yg terseksa akan mula bangkit, dan perkara(revolusi) yang sama akan terjadi...

Harap semua dapat ambil ikhtibar. Kenyataan: "Nasib baik Malaysia aman, tak macam Mesir"...adalah satu statement yang SALAH dan tidak menguntung sesiapa. Kita sebagai rakyat biasa seharusnya faham apa yang dihadapi oleh rakyat mesir disana.. Semoga mereka bersabar...!! Ayoh, Hidup orang susah!!..:D

(sory, aku merepek...)

john n amal said...

masyaAllah! ni da sama panjang untuk satu post da ni daud. hehehe :D xmerepek pun daud. apa yang ko luahkan tu betul. honestly speaking, anak muda berfikiran macam ko la yang kita harapkan boleh menerajui pucuk pimpinan negara kita pada masa akan datang yang lebih mementingkan nasib rakyat berbanding kepentingan sendiri. ayoh, hidup orang susah!!! :)

Daud Mili said...

Hehe. Just bagi pendapat jek.
Pemikir itu ada dimana-mana.
Menjatuhkan kerajaan sedia ada tak semestinya akan diganti dengan kerajaan yang baik.
Boleh jadi akan lebih teruk.
Hati-hati.

ceh!,,.. pemimpin masa depan??.. perkataan 'pemimpin' itu subjektif. tak semestinya menjadi ahli politik bukan?...
Aku benci sistem politik sedia ada, kerana politik malaysia sangat memualkan dan menjengkelkan untuk disertai. Hehe.

Apa2 pun, selamat maju jaya kepada Amal, dan juga pasangannya..!!..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...