kesayangan saya :))

Monday, April 12, 2010

dengarla wahai bunga rumput....


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :



Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buatapa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang bunga rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah bunga rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun bunga rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana bunga rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas bunga rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah bunga rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah bunga rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. 

tp cikgu..
...setelah sekian lama..saya da jumpe & petik bunga rumput yg plg saya suka..walaupn bunga rumput 2 bkn yg plg cantik skali kt pdg..tp dia bunga rumput PALING TERBAIK yg pnh saya ada :D saya jga, saya baja setiap hr & stiap saat spya dia hdup dgn sempurna dlm jgaan saya :)

tp cikgu..
...skg ni saya slalu abaikan dia..saya x jga dia..xbelai dia mcm saya wt dlu..saya xamek ksh pun psl dia wlupn saya tau bunga rumput kesayangan saya 2 amat mengharapkan jagaan & kasih syg saya.....

tp cikgu..
...skg ni saya rsa saya xptt amik dia dr padang 2 cikgu...mgkin klu saya x petik dia..dia akn lebih gembira dgn bunga2 rumput yg lain kt padang 2..berbanding bila dia berada dlm jgaan saya skg nih...

tp cikgu..
...klu saya pulgkan dia blk kt padang..bolehke bunga2 rumput yg lain terima dia blk??bolehke dia hdup dlm environment yg baru sedangkan selama ni yg dia pndg hr2 ialah saya..mcm mna klu nnt dia sedih??smpi xberdaya nk teruskn hdup dlm kawanan bunga rumput kt padang 2 cikgu?

tp cikgu..
...saya nk berikan yang terbaik utk bunga rumput kesayangan saya ni cikgu..saya da xsggup tgk dia menderita bila dia dlm jagaan saya cikgu..tp bolehke dia fhm knpe sbnrnye saya berniat utk pulangkan pd tmpt asal dia??...

tp cikgu..
...saya sayang bunga rumput saya...saya nk dia dpt sesuatu yg AMAT TERBAIK dlm hayat dia..

Pelajar..dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...