kesayangan saya :))

Monday, January 10, 2011

Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL 25

persembahan terbaik : faizal tahir : hanyut
vocal terbaik : hafiz : noktah cinta
tempat ke-3 : hafiz : noktah cinta
tempat ke-2 : drama king : black & meet uncle hussain 
juara : tolong ingatkan aku : ana raffali

apekepasal saya letak juara kat bawah sekali?? sebab saya xpuas hati bila ana raffali menang okeyh!! saya mahu yuna menang!! kami mahu yuna menang!! yuna! yuna! yuna! yuna! yuna! yuna! hahaha :D okey2, saje emosi lebih2 pulak ^^ tapi serious memang x expect ana raffali boleh menang padahal dia baru je masuk AJL kali ni. masa 3 stooges *ally, cheryl, fbi* announced penyanyi, komposer & lirik orang yang sama, dalam hati saya da agak da, yes!! yuna menang!! tapi apa kan daya, si gadis berbaju kurung  moden hitam itu jua yang menang (T.T) *psst2, dia ke artis baru gosok baju sampai sejam macam orang cakap kat SINI??*

haihh~~ at least bagila sofea jane ke menang, cinta sempurna ke, hanyut ke. ish ish ish. agak2nya ana raffali guna mentor dia, aidit alfian sebagai kabel besar untuk menang kowt?? hahaha :P okey2, tak tak. saya memain jer. tarik balik keyh. xmau tuduh2 fitnah2 ni. dosa tau. puk kat mulut dia! biasa dia kecik2 da pandai bawak mulut. da besar nanti karang jadi mami jarum atau wartawan ohbulan pulak. hehehe (*_~) 

tak apela. memang da rezeki ana raffali menang kan? bagusla as new comer dalam industri muzik malaysia yang x berapa nak besar ni, first time join pertandingan berprestij macam AJL ni terus menang juara. kira bukan calang2 orangla kan? yuna dulu dengan lagu dan sebenarnya pun menang 2nd place je. huhuhu :)

dalah, malas nak komen segala luahan hati yang terbuku dek ketidakpuasanhati dengan keputusan AJL yang tak mengikut ramalan pak belalang (--") saya tinggalkan anda dengan tajuk lagu baru yang bakal menjadi juara AJL ke 26 nanti. terimalah!!~~

"tolong ingatkan aku drama king tengah hanyut dengan noktah cinta" :D


notakakimasyam: lagu ana raffali da masuk list 
bakal nyanyi kat karok jamban! teehee >.<

3 comments:

fitria said...

yeeee saye mahu yuna menang.. yuna.. yuna.. yuna... tp apekan daye.. huhu.. wah dah ade karoklist nampak.. kekekeke... jom.. bile lg nk karok nih??

john n amal said...

jom2! boley2 jejalan teman aku beli kasut nak g interview. hohoho. poyo giler aku nak g interview pun nak beli kasut baru bagai. heh! ;)

fitria said...

hah cun gak tu.. bile??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...