kesayangan saya :))

Friday, December 10, 2010

driving school dan institut latihan memandu. eh??

lega bila c kecik kecintaan ahmad arsyad da tido. bolehla start baca teks bacaan kurikulum pendidikan pemandu sambil update blog atau update blog sambil baca buku kurikulum pendidikan pemandu atau dua-dua pun x. hahaha. ye ye. korang boleh gelak guling2 kuch kuch  hota heii sebab saya baru nak amik lesen pada umur 23 tahun! sobsobsobsob (T.T) tapi tak la terlalu tua nak amek lesen kan?? sedang2 best je. hehehe. nanti bila da dapat lesen, terus da boleh bawak kereta sebab ade kereta tersadai kat umah ni. cuba kalau amek awal2 masa lepas SPM dolu, belum tentu boleh pegang stereng bawak g kedai yang hanya sekangkang kera walaupun masa tu da ada lesen P. silap2, lesen je duk renew tiap tahun tapi kereta x bawak2 sampai ke tua. hahaha :P

korang rasa ade limit umur ke nak amek lesen ni?? jangan memain beb, time i g kursus KPP hari tu, ada je kakak2 & abang2 da kawin, kakak yang da ada 4 orang anak pun ade tau! haaa, nampak?? bukan setakat muda mudi seperti saya *ececeh* je yang amek lesen tau. tapi sebenarnya, bagus amek lesen ni time muda2 belia remaja bek laki mahupun perempuan. sebab awal2 amek senang, x banyak commitment, nak buat bila2 korang nak pun boleh. pastu boleh letak dalam resume bila nak cari keje, 'saya da ade lesen D, B, C, Z  even lesen bawak forklift pun ade'. hahaha ;) bukan macam saya, lesen L pun belum ade, kalau g interview, awal2 dia da reject. engineer xde lesen camne nak g site?! huhuhu. sebab tula saya terpaksa mengigihkan diri yang x berapa nak gigih ni g amek lesen. haihh!~~


tapi, yang dewasa & hampir suku abad especially para ibu2 pun patut g amek lesen tau if xde. betul! sebab bila c suami g outstation, anak pulak sakit tetiba tengah malam, sape nak g hantar klinik kan?? lagi kibut kalau suami yang sakit, camne?? tak kan nak suruh suami tercinta yang tengah sakit berhempas pulas pulak bawak kereta kan?? bila ade lesen, time tula boleh tunjuk gaya, saya mama yang super power! meh abang, sayang bawak abang g klinik k. sayang da dapat lesen ni *sambil tunjuk lesen P dengan muka tersenyum riang ria aidilfitri*. naseb baik da dapat lesen P, kalau L, hahaha. terus pengsan laki akak kat umah. huhuhu ;)

adik2 yang baru je habis keluarkan semua ilmu form 4 & form 5 masa SPM hari tu, bagitau mak dengan ayah, esok gak nak g daftar kat sekolah memandu nak amek lesen. hehehe. ala, x lama pun.

mula-mula skali;

1. kursus pendidikan pemandu (KPP) - ni 5 jam AJE. hehehe
2. ujian berkomputer - ni 45 minit je ;)
3. ceramah kenderaan & amali - ni 6 jam >.<
4. belajar driving - 8 jam tapi boleh kurang kalau adik2 da terer skeeet. hihihihi
5. pra ujian - 2 jam
6. ujian memandu dengan JPJ 
7. pastu baru la dapat lesen P. yeay!! :))


atau pun, g kat BLOG DRIVING SCHOOL NI kalau nak extra info sebelum menjadi pemandu berhemah macam atok kat bawah ni :)


tak mau macam ni tau!!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



hahaha ;) selamat memandu & berhati-hati di jalan raya! :D

3 comments:

Fahimah Mahayuddin said...

bagus2 amal gi ambik lesen memandu..Lepas ni boleh bawak imah jalan2..hehehehe.Imah ambik lesen keta ngan motor pun yg selalu bawak motor je.keta? hmm bilalah nak bawak semula kan? Tapi takpe ayah imah cikgu sekolah memandu..hope dia akan ajarkan anak dia yang dah lame tak pegang stereng keta ni.hehehe

john n amal said...

jalan2 satu kl ke imah?? kalau jalan nek bas taula, nek kete x tau. haha ;) da lama xrasa nek moto imah. imah bawak laju. hehehe ;)

fitria said...

haha.. btl tu.. imah bawak motor laju.. takut den.. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...