kesayangan saya :))

Friday, September 17, 2010

RESIDENT EVIL : AFTER LIFE

korang follow tak cerita pasal si alice ni?? bukan alice in the wonderland *yang movie dia bagus tak payah pegi tengok kat cinema* tu tau. ni alice yang hebat lakonan MILLA JOVOVICH tu :D 





saya & en.koibito sempat "beraya" di GSC O.U masa raya yang ke-4. hehehe ;) kata duduk kek kolumpo, raya hanya bermakna sampai raya ketiga je :D kami tengok yang 3D punya. hahaha. kesian, sebab nila first time tengok 3D movie. selama ni nak bajet, tengok yang biasa2 je. tapi hari tu, cam terbaik hati pula en.koibito membazirkan membelanjakan duit untuk tengok 3D. hihihihi. tapi, rm17 tu korang rasa berbaloi ke tak?? saya rasa takde lah berbaloi sangat sebab cam sakit mata je bila tengok. ke sebab saya first time tengok 3D, so terasa lain macam sikit. entahla. 

for those yang memang follow cerita resident evil, rasanya tak rugi kalau korang g tengok. cuma, kami rasa jalan cerita dia biasa2 je. kurang aksi2 gempak dari alice compare dengan previous2 punya movies. owh...kalau nak rasa gempak, tengokla yang 3D punya ye :) tapi nanti jangan pulak kkorang bawak balik glasses tu pulak. dorang tak bagi yang kertas tau. ni betul2 punya cermin mata 3D ;D


p/s: maria, karok kat o.u best gak weh! bolehla kita g melalak kat sana nanti :P

Thursday, September 16, 2010

H.O.M.E [ALONE]

assalamualaikum dan selamat hari raya aildilfitri semua :D walaupun dah masuk hari raya ke-5, tapi tetap juga HARI RAYA kan?? :) oleh itu, dikesempatan ini, saya kami menyusun jari memohon maaf sekiranya ada kata2, bahasa, sindiran yang menguris hati dan perasaan secara sengaja atau pun tidak *rasanya secara tak sengaja kan??teehee* terkadang jari2 kecik ni menaip mengikutkan perasaan apatah lagi bila hati dikuasai emosi. kami hanyalah manusia biasa yang tak pernah lekang dari melakukan kekhilafan, sekalipun pernah ditegur tetapi masih lagi alpa dengan kesalahan yang dilakukan. okey, da jauh membebel. hehehe. bersempena aidilfitri yang mulia ni, kami nak ucap:
MAAFKAN KAMI, ZAHIR DAN BATIN YE KAWAN2 (^_^)

semoga lebaran anda disambut dengan meriah tetapi bersederhana dengan keluarga dan insan tercinta :) raya kali ni family saya bertambah meriah sikit dengan adanya si comel arsyad kecintaan saya :D owh..jangan cakap apa2 k pasal baju raya pertama saya. xtaula kenapa saya pakai baju tu untuk 1st syawal padahal ada da baju raya. haihh (==")

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Monday, September 6, 2010

ramadhan buffet at J.W.MARRIOTT bukit bintang

salam dan selamat pagi semua :) tinggal beberapa hari je lagi kita akan berpuasa and rasanya still sempat kalau rasa2 macam nak berbuka kat hotel. ye tak? yela. bazaar pun banyak gerai da tutup. peniaga pun nak balik kampung awal jugakkan. nak masak pun da x berapa nak rajin sebab balik keje pun da petang. so saya ada cadangan yang bernas. chewah :D apa kata anda2 try berbuka puasa kat hotel j.w.marriott bukit bintang :)) okey. dari bunyi "j.w.marriott kot! for sure mahal x henggat punya harga dia!" tapi saya rasa BERBALOI-BALOI sebab saya da try (^_^)

Friday, September 3, 2010

nasi ayam penyet

aduh..raya tinggal berapa je lagi..tudung raya pun tak beli lagi nih..cewah..padahal kalau dalam almari tu tudung ko kemain banyaknya kan amal?? sampai melimpah ruah ke ladang gandum..ada hati lagi nak beli tudung baru. okey. merepek jap. bila cerita nak raya ni, mestila da pikir nak masak apa raya pertama, kedua, ketiga dan seterusnya *bagi yang tukang makan je, nak makan apela yang korang pikirkan kn? kn? ;P* 

jadi selaku chef tak bertauliah di rumah, raya kali ni, sayalah yang akan decide kuih apa yang nak kena buat and juadah apa yang nak kena masak bila orang datang..hohoho :D pening tau tak bila pikir nak masak ape. seyes! kalau ikutkan resepi dalam myresepi.com, semua saya nak try! hahaha..gila kuasa kan??  so bila saya search2, rasa macam nak try masak nasi ayam penyet. korang penah makan nasi ayam penyet kan?? sedapkan?? *tapi yang kat nasi ayam penyet seksyen 7 belakang jakel punya x sedap owh! xtaula apsal*


*tenkiu ye tuan empunya gambar :)*


nak tengok list makanan plus kuih raya yang bakal saya pulun buat start hari isnin nanti?? :)


rendang daging stail nogori den <== ni ibu saya masak..saya tukang rasa je..hehehe
nasi minyak hujan panas
ayam masak merah
acar timun *atau ayah saya panggil jelatah*
nasi ayam penyet
mee tenggek *apsal nama dia camni??entah..ayah saya yang panggil camtu..resepi dia dari ayah saya tau..dan diturunkan kepada saya..pewarisla konon! hahaha :P
puding pelangi
kek coklat moist
brownies
kek orange
coklat chips
biskut suji
strawberry fingers
biskut sarang semut
biskut almond london
    err..tu jela kot yang mampu saya senaraikan..yang mampu saya buat..kita tunggu jela nanti time raya..teehhee ;) semua ni SAYA SORANG JE YANG BUAT TAU *perluke ko kasi besarkan font dia??adehh* yang akan tolong maybe angah, alang, adik2 saya tapi yang akan stay lama sampai habis ialah saya seorang (T_T) apela nasib jadi orang yang suka try banyak benda ni kan?? sobsobsob 


    p/s: saya still ada kat kolej sampai hari isnin..hehehe..rumah gila dekat tapi balik nak lambat..orang yang rumah jauh kemain lagi da balik dari semalam :)
    p/ss: kesian en.koibito saya..dia x balik raya kat sabah..jadi dia beraya kat rumah saya je :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...