kesayangan saya :))

Wednesday, February 22, 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 : Part 1

Assalamualaikum w.b.t semua!~ (^_~)






Weekend lepas saya & adik perempuan g Konvensyen Fiqh Ummah 2012 @ K-Fiqh kat Dewan Merdeka PWTC. Sungguh! Saya rasa ini adalah weekend terbaik yang pernah saya lalui sepanjang hidup saya :) Tak pernah lagi saya attend mana2 majlis ilmu agama sebesar K-Fiqh ni yang penuh dengan pengisian. Bayangkan yang hadir je dalam 3000 orang, dalam waiting list je da 1000 dan saya antara yang dipilih Allah untuk menghadiri majlis ilmu ini. Allahu Akbar! Rasa macam dapat panggilan kaabah tau rasanya! 


K-Fiqh 2012 ni adalah anjuran iluvislam.com yang dihadiri oleh barisan asatizah yang popular seperti Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zahazan *favourite saya. hehehe*, Ustaz Basit, Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Zamri 'mantop' dan ramai lagila :) Sham Kamikaze & Akhil Hayy pun ade tau wat persembahan! Mawi je xde sebab tengah tunggu Ekin nak bersalin. hehehe ;) Tapi Ustaz Azhar @ UAI xdela ye. huhuhu~


Barisan Asatizah :)


Owh, perkataan baru saya belajar time tu :)
asatizah = ustaz in plural form 


Sebenarnya, saya xpernah tau pun ade konvensyen agama sebegini sampaila adik saya beriya-iya mengajak saya temankan dia. Promotion katanya, daftar sekarang hanya perlu bayar rm100 untuk sesi 2 hari. Kalau x, lagi mahal dari tu. Ramai panel ustaz yang best2 hadir. Sampai dia sanggup nak bayarkan untuk saya asalkan saya sanggup temankan dia. Haihh! X sampai hati nak menolak permintaan si adik, jadi saya pun setujukan ajela. Tapi dalam hati kecil saya terdetik, "Ya Allah, jika dengan menghadiri majlis ini akan Kau tunjukkan padaku jalan kearahMu, permudahkanla ia ya Allah"


Bila g majlis ilmu ni, haruslah bersopan kan. So, saya pun dengan ringkasnya hanya berbaju kurung cotton & bertudung bawal. Tapi bila melangkah masuk ke dalam dewan, betul2 terkesan kat hati saya bila tengok teramat-amat ramai muslimat yang bertudung labuh, berjubah dan ada yang berniqab @ berpurdah. Allah! Terasa betapa kurang sempurnanya saya dalam menutup aurat bila dibandingkan dengan mereka! Bergetar hati saya, kalau x sebab adik saya disebelah, pasti mengalir sudah airmata di pipi....



Wanita yang bertudung labuh sentiasa mencuri perhatian saya. Entah, xtaula kenapa. Xkesahla yang pakai tudung labuh bidang 50 ke 60 ke. Tapi setiap kali memang mereka yang bertudung labuh, hati saya tertarik2 malah saya sentiasa memandang tinggi pada mereka 'si bertudung labuh' kerana pada saya mereka ini adalah wanita yang tinggi imannya kerana berjaya menepis segala fenomena fesyen tudung yang menjadi kegilaan para gadis termasukla saya :( Tapi xbermaksud bertudung labuh tu x boleh berfesyen kan? (^_^) 

Jadi, mulai detik ini, jom kita audit *bak kata Prof Muhaya* penampilan kita. Sudah sempurnakah? Kalau sudah, alhamdulillah dan pertahankanla ia :) Jika belum, ayuhlah kita menutup aurat mengikut piawaian Islam :)

yang 2nd kelihatan sudah sempurna tapi yang 1st jauh lebih sempurna & tinggi nilainya :')

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikiian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat" (Al-A'raf:26)


p/s: Artikel ni menarik. Tryla baca! :)
p/sII: Pengisian K-Fiqh saya share dalam Part 2 k, insyaAllah :)

Friday, February 3, 2012

short update

Lately ni, bila cakap pasal cinta, semuanya ke bintang kan?


macam


cinta gadis penjual ayam *pergh!kasaq betoi ayat* dengan jejaka ganteng dalam biar mimpi sampai ke bintang :)




tapi, mimpi aje belum cukup romantik kut kan?

ukir kat bintang baru nama true love! ;) 



sayangku
jangan kau persoalkan siapa dihatiku
terukir di bintang
tak mungkin hilang cintaku padamu :)
*lagu ni layan habis hoiiiiiiiiiiiiii*


tapi
biar mimpi sampai ke bintang ke
 atau
terukir di bintang ke


dua2 pun tetap akan hilang
so rasanye,


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



biar jodoh sampai ke syurga



lagi better kut
insyaAllah lagi kekal hendakNya :')







Wednesday, February 1, 2012

my best friend's wedding [teaser]

It's my best friend's wedding! :')

Please focus pada pengantin yang gorgeous sahaja >.<


Eyh? Teaser je?

Sebab takde satu pun gambar yang ade dalam hp plus saya memang xde kamera *sobsobs*
So, memang terpaksa mengharapkan 100% dari OP baru boleh wat full entry. huhuhu~


Dress putih untuk wedding memang all time favourite kan? Tambah lagi dengan fresh roses yang mekar. Owhhhhh~ (~,~) 

White wedding gown memang favourite saya dari kecik tapi terpaksa delete dari wishlist sebab en.koibito awal2 lagi da reject kaler putih untuk wedding T___________T


Congratulations again my dearest Maria Fitria ~ :))



p/s: entry saya sambung nanti k bila pengantin da dapat gambar dari OP :))
p/ss: tak sabar nak tunjuk kat korang hand bouquet maria yang sweet teramat & veil nikah yang dia DIY sendiri! ;)

semester break yang lamaaaaaaaaaaaaaaa!

Helloooooooooooo??  
*dengan efek echo dalam gua*

Lama la giler x update blog sampai password pun boleh lupe -.-'' Sungguhla poyo diri ini kononnya busy teramat padahal terlebih-lebih mem'busy'kan diri. Kalau dalam dunia blogging ni ada grading macam kat sekolah, comfirm2 saya da FAIL dengan cemerlangnya. hehehe :P

Semester break kali ni pendek giler hokey! Sebulan je. Giler tak cukup compare dengan last semester break yang paaaaaanjang giler. But still, sebulan ni boleh dikira valuable untuk budak2 yoU yang dengan syoknya dapat bangun tido kul 12,golek2 depan tv, makan, sambung balik tengok tv *heaven* compare dengan saya terpaksa meredah jem semata untuk thumb-in kul 8 *sigh*

Sebulan yang pendek ni jugakla saya terpaksa speed up untuk settlekan sampling kat FRIM, betulkan writing and planning for something BIG. eceh ;)


owh 

another thing

disebabkan sepeninggalan beta dari blog ini teramat lama

beta telah terlepas hadiah yang patut beta terima


agak2 perlukan kanta pembesar, acu cube kelik ;)

beta sangat murka!!

ape boleh buat. bukan rezeki beta T________T



p/s: hopefully bile setiap hari ade kat fakulti ni, tahap kerajinan untuk menghapdate blog akan sama dengan tahap kerajinan menyiapkan thesis (>.<)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...