kesayangan saya :))

Friday, January 21, 2011

jom GEGAR blog!!

hadooyaii!!~~ lama sangat da x update, semua interview & assigment punya pasal, 2 assigmnets yang kena hantar dalam week yang sama (T.T) baru hantar 2, dapat lagi 2. sobsobsob. okeyh2. amek mood nak membersihkan habuk2 & sawang2 kat blog picisan saya ni dengan join segmen abg ben lagi (^_~)



jom kasi GEGAR dunia blog kat sini :)

cepat2!! abg ben da buat panggilan terakhir tu!! karang terlepas nanges berirama lagu la korang. hehehe >.<



:: baru lepas balik dari interview SPA, nanti update tentang
 nama menteri kesihatan yang saya bantai. hahahaha :P ::



Thursday, January 13, 2011

BLOGGER GEGARKAN 'U'

bila hari xde kelas itulah hari untuk update blog, usya2 latest post blogger yang di follow. hehehe ;) jadi terlambat la terjah segmen 'Blogger Gegarkan U' abg ben. sobsobsob (T.T) segmen ni hanya untuk budak2 u je eyh. yang da keje tunggu abg ben buat segmen 'Gegarkan Opis' pulak. hehehe (^_~) so, calling for all uni students!! mari gegarkan blog abg ben yang sentiasa gegar!! :D




1. Belajar mana? Jurusan? Tahun?
:: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam *UiTM dihatiku. yeah!* ::
:: jurusan sarjana sains kejuruteraan awam, major kejuruteraan alam sekitar ::
:: tahun 1 semester 1. hehehe. segan nak sebut sebab baru daftar ;) ::

2. Asal mana? Umur?
:: saya anak jati Kuala Lumpur (^_^) ::
:: tahun ni masuk 24 tahun :D :: 

3. Kenapa amik jurusan itu?
:: sebab saya ada basic engineering sebab masuk sekolah teknik dan kenapa saya amik master sebab saya rasa knowledge saya belum cukup banyak lagi dalam dunia engineering nih. wah!! poyo sebentar. hahaha :D ::

4. Cita - cita?
:: haruslah engineer! penat belajar lama2 tapi xmau engineer. hehehe :) tapi jadi lecturer civil ke tutor ke cikgu cikgi sekolah teknik ke pun termasuk dalam senarai cita-cita saya jugak :D *saya ada interview untuk post jurutera mggu depan (T.T)* ::


~done!~ 
(^_^)

Monday, January 10, 2011

Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL 25

persembahan terbaik : faizal tahir : hanyut
vocal terbaik : hafiz : noktah cinta
tempat ke-3 : hafiz : noktah cinta
tempat ke-2 : drama king : black & meet uncle hussain 
juara : tolong ingatkan aku : ana raffali

apekepasal saya letak juara kat bawah sekali?? sebab saya xpuas hati bila ana raffali menang okeyh!! saya mahu yuna menang!! kami mahu yuna menang!! yuna! yuna! yuna! yuna! yuna! yuna! hahaha :D okey2, saje emosi lebih2 pulak ^^ tapi serious memang x expect ana raffali boleh menang padahal dia baru je masuk AJL kali ni. masa 3 stooges *ally, cheryl, fbi* announced penyanyi, komposer & lirik orang yang sama, dalam hati saya da agak da, yes!! yuna menang!! tapi apa kan daya, si gadis berbaju kurung  moden hitam itu jua yang menang (T.T) *psst2, dia ke artis baru gosok baju sampai sejam macam orang cakap kat SINI??*

haihh~~ at least bagila sofea jane ke menang, cinta sempurna ke, hanyut ke. ish ish ish. agak2nya ana raffali guna mentor dia, aidit alfian sebagai kabel besar untuk menang kowt?? hahaha :P okey2, tak tak. saya memain jer. tarik balik keyh. xmau tuduh2 fitnah2 ni. dosa tau. puk kat mulut dia! biasa dia kecik2 da pandai bawak mulut. da besar nanti karang jadi mami jarum atau wartawan ohbulan pulak. hehehe (*_~) 

tak apela. memang da rezeki ana raffali menang kan? bagusla as new comer dalam industri muzik malaysia yang x berapa nak besar ni, first time join pertandingan berprestij macam AJL ni terus menang juara. kira bukan calang2 orangla kan? yuna dulu dengan lagu dan sebenarnya pun menang 2nd place je. huhuhu :)

dalah, malas nak komen segala luahan hati yang terbuku dek ketidakpuasanhati dengan keputusan AJL yang tak mengikut ramalan pak belalang (--") saya tinggalkan anda dengan tajuk lagu baru yang bakal menjadi juara AJL ke 26 nanti. terimalah!!~~

"tolong ingatkan aku drama king tengah hanyut dengan noktah cinta" :D


notakakimasyam: lagu ana raffali da masuk list 
bakal nyanyi kat karok jamban! teehee >.<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...